Heboh Gambar Anuar Berpeluk Mesra Dengan Pemain Bowling

  Anuar Minta Maaf Peluk Pemain Bowling Negara



Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.
“Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.
“Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.
“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun,” jelasnya.
Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.
Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu mengenai album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP), ia memuatkan sebanyak 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang, yang telah dirakamkan pada konsert amal di bawah anjuran kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di DFP pada Mei tahun lalu.
Anuar berkata album tersebut diterbitkan khas oleh Anuar Zain Network dan DN and AD Entertainment Sdn Bhd buat peminat-peminat yang tidak dapat menhadiri konsert tersebut.
“Sebenarnya saya cukup teruja menantikan respons para peminat mengenai album ini. Ia dibuat khusus buat mereka yang tidak dapat menyaksikan persembahan kami.
“Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang dimuatkan merupakan lagu hits saya dan Dayang sebelum ini,” katanya.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Cinta Harus Memiliki, Aku Rindu Aku Jemu, Kau Bunga Cintaku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih. – mStar Online

Saiful Bukhari Azlan Kahwin Dengan Wartawan Tv3

Siapa tak kenal dengan Saiful Bukhari Azlan seorang yang sangat terkenal di kerana salah laku seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat .Rasanya tak payahlah Admin nak ceritakan kisah mereka ini lagi kerana semua rakyat malaysia pasti sudah muak mendengarkannya.Jadi kita teruskan kisah perkembangan terkini mengenai Saiful Bukhari yang dikatakan akan bernikah tidak lama lagi dengan seorang wartawan dan pembaca berita Tv3 yang comel sangat ni he he.jom baca petikan berita dari mynewshub.my.

 http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/exotic-e.jpg


KALAU sungguh bagai dikata, kami ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menariknya, calon isteri bukan calang-calang…ia adalah wartawan penyiaran/ pembaca berita TV3 yang comel itu, Nik Suryani Megat Deraman.
Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot siapa Saiful Azlan.
Mengenai Nik Suryani, dia jugalah wartawan yang pernah dimarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes kehilangan jam Omega Ketua Umum PKR itu.


“ Cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak.
” Sebagai seorang wartawan yang masih baru, ia bukan satu tugas mudah apabila diminta oleh editor bertanyakan beberapa soalan kepada beliau.
” Bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar biarpun saya diherdik selain menerima kritikan hebat oleh pengikut beliau ketika itu,” ujar Nik Suryani dalam temubual dengan teganukita.blogspot.com tidak lama dulu.
saipul nikah (1)

Apapun marilah kita semua doakan moga perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga hujung nyawa.
Bak kata orang, biarlah hanya cangkul dan tanah saja yang bisa memisahkannya.
Tahniah!

Gambar
Saiful
Akad Nikah
Bersanding
Majlis
Pernikahan
Persandingan
Sumpah Laknat
Depan Kaabah
Kes Liwat
Pergi Mekah Haji Umrah





Masaalah Ketuat Dan Cara Merawatnya




ketuat (warts) SERING kali disalah anggap sebagai tahi lalat ataupun jeragat pada kulit dan ia sebenarnya berlaku secara meluas di seluruh dunia. Memandangkan ebanyakan kes hanya melibatkan masalah ringan dengan saiz ketuat yang kecil serta jumlah yang sedikit, ia sering kali diabaikan begitu sahaja.Sememangnya masalah ketuat yang berpunca dari jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) kebiasaannya tidak menjejaskan kesihatan dan hidup seharian. Ini mengelakkan banyak perhatian terhadap masalah ini, dengan kebanyakan kes akan pulih sendiri selepas tempoh masa tertentu.

Namun, penemuan dua kes ketumbuhan ketuat yang ekstrem pada 2007 mengejutkan dunia, terutamanya berita 'lelaki pokok' di Indonesia yang menjadi contoh serangan teruk virus HPV ke atas kulit manusia.

Membezakan

Mungkin ramai kini yang tahu mengenai ketuat alat kelamin yang dikaitkan dengan kanser serviks (pangkal rahim) di samping kontroversi pemberian vaksinnya untuk gadis dan wanita di negara ini. Namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai bermacam jenis ketuat lain memandangkan ia tidak membahayakan kesihatan atau mengancam nyawa.

"Ketuat berpunca dari jangkitan virus HPV sahaja. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan setiap jenis ketuat berpunca dari jenis virus berbeza.

"Berbanding ketuat alat kelamin, ketuat biasa, plantar mahupun ketuat leper tidak memerlukan vaksin dan tidak membawa komplikasi besar," jelas Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani, Pakar Perunding Perubatan dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

Namun, berita mengenai Dede Koswara, 34, yang badannya dipenuhi ketuat seakan kulit pokok menunjukkan masih ada yang bernasib malang apabila badan mereka gagal menentang jangkitan HPV.

"Kes Dede berpunca daripada masalah imuniti badan yang lemah dan gagal mengawal mahupun menghapuskan virus HPV yang menjangkiti kulitnya.

"Individu lain yang mengalami masalah lemah sistem imuniti akibat penyakit atau pengambilan ubat juga terdedah kepada ancaman penyakit biasa, walaupun penyakit seperti ketuat," kata Dr. Noraziah.

Menurutnya, selagi badan masih sihat dan kuat, jangkitan kuman seperti HPV masih mampu ditentang, walaupun mungkin mengambil masa untuk pulih.

Pada 2007, Dede dan Ion Toader dari Romania menjadi antara pesakit disahkan menghidap penyakit Epidermodysplasia verruciformis (EV) yang ditemui Dr. Felix Lewandowsky dan Dr. Wilhelm Lutz dari Jerman di awal 1920-an. Keadaan kulit seakan kulit pokok pesakit EV dikaitkan dengan virus HPV jenis 5 dan 8 yang biasanya hadir sebagai jangkitan ringan pada 80 peratus populasi dunia.

Dede dilaporkan membuang sekitar enam kilogram ketuat di badannya pada Ogos 2008, ada di antaranya menggunakan gergaji kuasa tinggi. Walaupun lebih 95 peratus ketuat di badan Dede telah dibuang, masalah 'kulit pokoknya' itu masih berterusan dan doktor menganggarkan dia memerlukan dua pembedahan setiap tahun untuk seumur hidupnya bagi mengawal ketumbuhan tersebut.

Muda

Walaupun kes ketuat seperti Dede dan Toader sesuatu yang jarang berlaku, umum perlu mengetahui bahawa virus HPV wujud secara meluas dalam komuniti manusia. Mampu menyebabkan jangkitan ringan hingga sederhana, ketuat yang timbul sebenarnya boleh dirawat terutamanya jika ia menjejaskan penampilan fizikal seseorang.

"Kanak-kanak merupakan yang paling mudah diserang masalah ketuat biasa - di kaki dan tangan, akibat sentuhan semasa mereka bermain di luar ataupun bersama kawan-kawan.

"Sebarang bentuk hubungan dengan virus HPV boleh menyebarkannya, terutamanya jika ada luka," jelas Dr. Noraziah.

Menurut beliau, badan akan melawan jangkitan tersebut dan kebiasaannya kanak-kanak akan pulih sendiri dari masalah ketuat.

Namun tegasnya, jika ketuat tidak hilang selepas berbulan lamannya ataupun semakin banyak, rawatan boleh diberikan untuk mengawal dan memulihkannya.

Apa yang penting adalah mengelakkan anak ataupun diri sendiri daripada mengopek, memotong, memecah atau mengutil ketuat yang timbul. Perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan dan menyebarkan virus HPV ke bahagian badan yang lain.

"Virus HPV mudah merebak di kalangan mereka yang sering berkaki ayam mahupun melalui air seperti di dalam kolam renang yang tidak dijaga rapi.

"Selain itu, perkongsian pakaian, tuala, kasut dan alat membersihkan kulit serta kuku juga boleh menyebarkan virus HPV punca ketuat," tegas Dr. Noraziah.

Rawatan

Dr. Noraziah menjelaskan bentuk rawatan yang diberikan bergantung kepada kedudukan dan juga jenis ketuat.

"Ada yang leper, ada juga yang bertangkai. Jika ketuat kecil tunggal, lama-kelamaan akan hilang sendiri.

"Untuk ketuat yang tidak hilang, terdapat beberapa cara rawatan termasuk krim tertentu, pembedahan dan juga laser."

Beliau menerangkan kaedah pembekuan ketuat dan pembedahan menggunakan jarum elektrik menjadi antara kaedah rawatan paling biasa digunakan. Asid salasilik pula menjadi antara pilihan mudah bagi pesakit yang tidak mahu berjumpa doktor.

"Ramai penghidap ketuat bermula dengan rawatan sendiri. Bila sudah merebak teruk barulah mereka akan datang mendapatkan rawatan dari doktor," ujar Dr. Noraziah.

Katanya, ketuat di muka menjadi contoh jenis yang mudah merebak, terutamanya jika terluka ketika bercukur.

Selain pembekuan dan jarum elektrik, terdapat kaedah lain untuk merawat ketuat. Ini termasuk Cantharidin, pembedahan laser, immunoterapi, Bleomycin dan retinoid yang dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan.

"Rawatan mungkin perlu diulang beberapa kali sebelum pesakit pulih sepenuhnya.

"Kos rawatan juga cuma sekitar beberapa ratus ringgit, tetapi mungkin mencecah ribuan ringgit untuk kaedah rawatan laser," jelasnya.

Dr. Noraziah bagaimanapun menekankan perkara yang paling penting adalah untuk tidak memburukkan keadaan dan menyebarkan jangkitan virus HPV itu.

"Jangan dikacau ketuat yang timbul. Walau apa jenis sekalipun, jangan dikutil atau ia akan merebak ke seluruh badan!"

Cara Setting Prepaid Tune Talk Gprs Dan 3G

Disini admin nak kongsikan dengan anda cara mudah untuk membuat tetapan Gprs dan 3G untuk telefon bimbit anda.ikut saja langkah-langkah seperti dalam gambar dibawah ini.




 
 
Malaysia Top Bloggers