Resepi Dan Cara Buat Air Soya

Berita baik untuk sesiapa yang nak cuba buat air soya di rumah, mana tau leh jadi tauke soya lak nanti he he..

Bahan-Bahan:

1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air



Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air



Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

* Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
* Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.



Step 2

* Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
* Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Step 3

* Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
* Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.



Step 4

* Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
* Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).



Step 5

* Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
* Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Step 6

* Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
* Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
* Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.



Step 7, 8, ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu! Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.