Resepi Ikan Masak Sos

Masakan ikan masak sos yang sedap untuk hidangan anda sekeluarga..


Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu - dibersihkan dituskan

5 tangkai cili merah }

5 ulas bawang besar }

3 ulas bawang putih } dikisar halus

2 cm halia }

2 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm

1 labu bawang besar - dimayang

1 sudu besar cuka

2 sudu bear sos tomato

1 sudu besar gula

1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng dan menumis



Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan, gaulkan garam, kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau hingga garing, kemudian masukkan sos tomato, cuka, garam, gula dan bancuhan tepung jagung. Kacau dan biarkan mendidih. Jika kuah terlalu pekat, bolehlah ditambah sedikit air.

3. Masukkan ikan dan bawang besar kemudian kacau. Bila bawang layu sedikit, masukkan daun bawang, kacau dan angkat.