Anak Polis Di Hukum Gantung

Seorang anak pesara polis dan seorang anak anggota polis dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.35 kilogram.



Semasa ditahan polis dadah tersebut diselitkan di bahagian pinggang masing-masing dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui terminal feri di Stulang Laut.

Kedua-duanya disabitkan bersalah mengedar methamphetamine masing-masing seberat 666 gram dan 681.8 gram di Terminal Feri The Zon Stulang Laut di sini pada pukul 9 pagi, 14 Julai 2009.

Jumlah dadah yang dibawa juga adalah besar dan bukan untuk kegunaan sendiri tetapi bagi tujuan pengedaran. Hanya satu hukuman bagi kesalahan ini iaitu hukuman gantung sampai mati.