Anak Saudara Jadi Tebusan

Seorang lelaki di selatan Vietnam diberkas kerana disyaki menculik anak saudaranya berusia 3 tahun untuk meminta wang tebusan.



Menurut polis, Tran Dai Nam, 26, ditangkap ketika dia cuba mengambil wang tebusan kira-kira AS$600 (RM1,800) daripada kakaknya, semalam.

"Ini merupakan kali pertama polis menyelesaikan kes seperti ini.

"Suspek menyatakan dia tidak mempunyai wang dan bertindak menculik anak saudaranya untuk mendapatkan wang tebusan daripada kakaknya," kata Timbalan Ketua Polis Thong Nhat, Tran Si Quynh.

Menurut Quynh, Nam baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara kerana merompak dan kini didakwa menculik anak saudaranya sendiri.

Tambahnya, suspek didakwa telah mengugut kakaknya untuk menjual anak saudaranya jika dia tidak mendapat wang tebusan, malah turut mengugut akan membunuh kanak-kanak tersebut jika kakaknya cuba menghubungi polis.

Katanya, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas mengesan tempat dia disembunyikan.

Nam mungkin dijatuhi hukuman sehingga 12 tahun penjara jika didapati bersalah