Atlet Malaysia Tiada Kekuatan Minda

Kebanyakan atlet Malaysia tiada kekuatan minda apabila menyertai perlawanan sukan walaupun mempunyai persediaan fizikal yang kuat.



Kelemahan tersebut membuatkan atlet negara mudah kalah dan tersungkur apabila berdepan dengan kesukaran ketika sedang berlawan.

Berdasarkan apa yang di lihat, atlet kita sudah bersedia dari segi kekuatan fizikal. Tapi sayangnya, bila dah nak kalah, mereka terus hilang fokus sedangkan ketika itu mereka perlu bangkit dan lawan sehabis mungkin walaupun tinggal beberapa minit lagi untuk tamat sesebuah perlawanan yang disertai.

Sebagai contoh pasukan bola sepak negara yang kini semakin kuat menentang setiap negara lawan, tetapi terus hilang fokus apabila pihak lawan memberikan jaringan gol.