Burung Paling Besar Di Dunia

Argentavis magnificens adalah burung paling besar yang pernah hidup di bumi ini. Nama lain bagi burung ini adalah Teratorn Giant.



Burung ini merupakan spesies yang telah pupus yang telah dijumpai fosilnya beberapa tahun lepas dan baru sahaja diperkenalkan kepada dunia sejak tahun 2009. Fosil burung ini yang berusia 6 juta tahun telah dijumpai di tengah dan barat laut negara Argentina.



Ciri-ciri fizikal

* Sayap : 7 meter / 23 kaki
* Panjang : 3.5 meter / 115 kaki
* Tinggi : 1.7 meter hingga 2 meter / 5.6 kaki hingga 6.5 kaki
* Berat : 70 kg hingga 78 kg / 150 pound – 172 pound




Lihat pula saiz sebenar burung tersebut bersama manusia.. Sekarang sudah pasti anda dapat anggarkan berapa besarnya burung ini.