Cara Buat Sirap Bandung Bersoda

Ini cara-cara dan bahan bahan untuk membuat minuman sirap bandung bersoda..



Bahan-bahan:

2 gelas air
2 sudu kecil sirap ros
4 sudu besar susu penuh krim
1/2 cawan aiskrim soda
Sedikit selasih direndam
Ketulan ais secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Bancuhkan air berserta sirap ros, kacau sehingga rata. Kemudian masukkan susu serta aiskrim soda, seterusnya masukkan selasih. Sejukkan minuman dengan ketulan ais.