David Teo Berperang Dengan Pihak Media

David Teo menolak tuduhan kononnya dia berperang dengan pihak media sehingga enggan melakukan pra tonton filem terbitan syarikatnya.



Sebaliknya kata David, langkah itu merupakan strategi baru syarikatnya dalam mempromosikan filem-filem yang tamat penggambaran dan menanti untuk di tayang di pawagam.

Sebagai syarikat yang berjaya menerbitkan lebih daripada 60 buah filem, David Teo ingin mencuba strategi baru dengan tidak lagi membuat majlis pra-tonton sebaliknya membeli iklan di akhbar-akhbar tempatan.

Bagaimanapun, menurut David, strategi tersebut dibuat bukan kerana takut apabila terdapat filemnya yang dikritik sebaliknya dia boleh menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pihak media.