Dua Bazar Ramadan Jadi Kecoh

Peniaga bazar Ramadan Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru dekat di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membenarkan satu lagi bazar dibuka tidak jauh dari situ.


Bazar Ramadan baharu di Jalan Mayang Pasir yang terletak kira-kira 10 meter dari pagar masjid itu diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Negeri (JKKN) Mayang Pasir.

MTB : Rasanya ini tak seharusnya jadi kecoh. Dibulan yang mulia ni kita harus banyak bersabar, rezeki ada untuk masing-masing. Kalau pelanggan berpuas hati esok mesti dia datang lagi. Tak kiralah ada berapa banyak bazar Ramadan tu, Toi tak..