Gambar Model Perodua Myvi Baru 2011

Model Perodua Myvi Baru 2011 adalah yang ditunggu-tunggu seumpamanya selama ini..



Pasti ramai yang ingin melihat Gambar dan mengetahui Harga Model Perodua Myvi Baru tahun 2011. Pelancaran telah dibuat oleh timbalan Perdana Menteri di PWTC pada malam tadi, 16 Jun 2011. Walaupun baru 12 hari tempahan dibuka, sudah 8000 buah telah ditempah. Nak tau harga yang ditawarkan?

Apa yang pasti, jika mahu membuat tempahan, ia boleh dibuat di kedai perodua seluruh negara dengan hanya RM 400 untuk tempahan.

Model Perodua Myvi Baru 2011 munculdengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme. Perodua Myvi Elegance (automatik dan cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00. Harga yang paling murah adalah RM 43 000.

Warna bagi Perodua Myvi 2011 model baru versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Selain itu, ialah Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).