Gempar Video Air Soya Ludah

Aksi peniaga air soya yang mencurigakan sedang membungkus air soya didalam plastik.



Rasanya tentu sudah ramai yang melihat video bertajuk soya + vitamin tambahan yang dimuatnaik ke youtube dan mula tersebar secara viral melalui blog, laman sosial facebook.

Bagi yang masih tertanya-tanya apakah video yang aku maksudkan ni, ia adalah video yang dirakam dari jauh (dari dalam kereta aku rasa) di mana video itu merakam aksi seorang peniaga air soya (air tauhu) di gerai tepi jalan. Menurut suara perakam video tersebut (suara latar), peniaga tersebut dikatakan meludah dalam setiap bungkusan plastik air soya sebelum di bungkus. Yark!



Persoalannya di sini, benarkah peniaga air soya tersebut meludah dalam bungkusan plastik tersebut atau dia hanya meniup plastik tersebut agar plastik tersebut mengelembung dan apabila di ikat nampak cantik (menurut kawan aku yang ada pengalaman jual air)? Aku tak fikir peniaga tu tiup sekali sahaja sebab nak bagi air soya panas tu sejuk. Make no sense!

Jika dilihat aksi peniaga tersebut dalam video di atas, agak kabur dan agak sukar untuk kita menentukkan apakah yang sedang dilakukkan peniaga tersebut. Jika kita fikir secara neutral, aksi peniaga tersebut mempunyai dua kemungkinan iaitu dia meludah atau dia meniup. (tak mungkin dia minum plak)

Jika kita kata dia meludah kerana amalan pelaris , kenapa dia tak ludah dalam bekas air soya yang besar tu, lagi senang sekali ludah jer. Lagipun, amalan pelaris yang MTB tau mesti ada ibunya yang mana akan diletakkan di tempat utama.

MTB cuba fikir positif. Aadmin rasa mungkin peniaga tu meniup plastik tersebut agar bungkusan plastik tersebut nampak cantik apabila diikat. Ini bukanlah bermaksud MTB memihak kepada peniaga tersebut sebab aku bukannya seorang peniaga.

Walaubagaimanapun, MTB amat sekali tidak bersetuju teknik meniup ini kerana kebarangkalian untuk air liur terpercik barang sepercik dua ke dalam bungkusan plastik itu amat tinggi. Jadi, selepas ini aku takkan beli air yang dibungkus dengan plastik yang mengelembung cantik macam belon sebab mesti peniaga tu meniup plastik tersebut (biasanya ketika musim Pasar Ramadhan).

Kesimpulan di sini, jangan menuduh sembarangan jika kita tidak jelas tentang apa yang kita nampak. Keadaan ini mungkin menakibatkan penjual peniaga mengalami kerugian kerana pembeli takut akibat dari pendedahan yang tidak benar itu. Apa perasaan kita jika ada pihak yang melaporkan sesuatu yang tidak benar tentang kita?

Apa-apa pun ianya bergantung kepada kita. Kalau rasa was-was atau kembang tekak, jangan beli. Kalau jenis tak kisah, lantak lah.