Ikan Piranha Haiwan Pengecut

Menurut laporan saintis dari University of St. Andrew, di sebalik reputasi sebagai ikan yang berbahaya dan boleh mengancam manusia, piranha dikatakan HAIWAN PENGECUT dan lebih suka berkumpul dalam jumlah yang banyak.



Mereka juga mengatakan piranha yang bergerak secara berkumpulan bukan untuk menyerang tapi sebenarnya untuk membentuk MEKANISME PERTAHANAN akibat SIFAT PENGECUT.

Piranha juga sebenarnya berdepan dengan serangan haiwan pemangsa lain seperti buaya, burung serta ikan besar seperti piracucu. Kajian ini telah dipertontonkan semasa pameran sains Royal Society of London, England.