Kehebatan Malaysia Dalam Pertahanan

The Space Tourism Society Malaysia Chapter, Swiss Propulsion Laboratory dan Project Enterprise telah memeterai perjanjian Certificate of Cooperation di Langenthal, Switzerland pada 9 May 2009, untuk bersama-sama membangunkan rocketplane M-R2D2 (Malaysian Research for Rocketplane Design & Development) program terutamanya dalam penyelidikan sains dan pelancongan angkasa lepas.


Pesawat ini dijangka dapat diterbangkan selewat-lewatnya 15 tahun dari sekarang.

"Sehingga kini ahli kumpulan ini sudah berjumlah lebih kurang 60 orang terdiri dari ahli akademik (termasuk 5 orang professor) dan juga industri. Universiti yang terlibat adalah UPM, UPNM(Universiti pertahanan), UKM, UITM, UTM, UIA, UTP dan MIAT (UniKL). Sementara dari industri, sokongan kuat datangnya dari CTRM, ACMSB dan beberapa lagi syarikat swasta dalam bidang berkaitan aerospace di Malaysia. Ia telah mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertahanan sendiri termasuk STRIDE (Unit R&D bagi KEMENTAH). Beberapa pilot TUDM juga telah menawarkan diri bagi menerbangkan pesawat ini nanti."



Jet ini menggunakan konsep guna semula sepenuhnya dengan kombinasi enjin jet dan roket dalam pembangunan prototaip pesawat angkasa suborbital ini. Konsep ini membolehkan prototaip pesawat ini berlepas secara mendatar menggunakan enjin jet dan menggunakan enjin roket untuk terbang menegak. Prototaip ini kemudiannya boleh meluncur turun tanpa penggunaan enjin, tetapi enjin jetnya boleh dihidupkan sekiranya perlu untuk tujuan keselamatan.

Jet ini boleh digunakan untuk membawa pemimpin utama negara keluar dari kawasan bahaya apabila berlaku serangan nuklear, biologi atau kimia dalam tempoh yang singkat kerana pesawat ini berkemampuan untuk sampai ke ruang angkasa dalam tempoh 15 minit sahaja. Satu cadangan telah dikemukakan bagi menghasilkan pesawat yang boleh berlepas dari tasik di Putrajaya sepertimana kebanyakan pesawat terbang di zaman awal penerbangan dulu.

Jet ini boleh digunakan untuk misi keselamatan negara kerana ketinggian paras penerbangannya melebihi paras jangkauan peluru berpandu antipesawat udara dan pesawat pejuang pemintas serta membolehkannya memainkan peranan efektif dalam misi pengintipan dan pemusnahan satelit musuh.