Manusia Hebat Tampa kaki

Ini bukan lah cerita yang baru, dah lama, cuma jarang kita dengar. Kisah terjadi di China, dimana seorang kanak-kanak bernama Qian Hongyan yang telah kehilangan kedua-dua kaki ketika berumur 3 tahun (tahun 2000)kerana terlibat dalam kemalangan kereta.



Oleh kerana tidak mampu untuk membeli anggota palsu ataupon Prosthetic, bapanya hanya menggunakan sebiji bola keranjang yang di belah dua sebagai ganti.

Kini beliau telah berumur 12 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyertai sukan paralimpik pada tahun 2012. Qian berenang sejauh 2000 meter sehari dan berlatih bersungguh-sungguh bagi membuktikan semangat ‘when there is a will, there is a way‘.


Masih mampu ke sekolah walaupun berkeadaan sedemikian rupa. Yang dibawah tu pula selepas memakai kaki tiruan







Walaupun berkeadaan begini Qian Hongyan bukanlah calang-calang orang kerana beliau mewakili china dalam sukan paralimpikd di acara renang.