Nurul Syuhada & Raja Amir Bulan Madu Di Paris

Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan pasangannya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada Oktober depan.



Ini kerana mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan danSyawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu dan berpuasa serta menyambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada 16 Julai lalu di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.

Nurul turut menerima mas kahwin sebanyak RM 777 dan wang hantaran sebanyak 20,111.