Peniaga Bazar Ramadan Dikecuali Mohon Lesen

Berita gembira kepada golongan peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri Perak kerana Kerajaan negeri telah mengumumkan pengecualian daripada memohon lesen untuk berniaga pada tahun ini.



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bagi memudahkan mereka berniaga sepanjang bulan puasa ini.

Walaupun pengecualian itu akan menyebabkan kerajaan negeri kehilangan pendapatan lebih RM800,000 berdasarkan kutipan oleh 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini pada tahun lalu, namun ia dilakukan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap peniaga kecil.