Petua Hilangkan Kelemumur

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Malah ia juga memberi masalah kepada keguguran rambut. Lama-kelamaan rambut menjadi sedikit dan botak.



Untuk itu terdapat beberapa cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potongan limau nipis yang diramas terlebih dahulu. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Ambil semangkuk hampas kelapa yang sudah diperah santannya, ramas dan lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan sehingga 15 minit. Bilas rambut dengan air bersih.
3. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sehingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
4. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.