Puding Kek Kastad

Resepi Istimewa Puding Kek Kastad yang mudah dan senang untuk anda yang ingin cuba membuatnya.



Bahan-Bahan:

1 biji kek mentega
100 gm tepung kastard
1/4 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 tin air

Cara Menyediakan:

1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil.
2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 Celsius selama 8 hingga 10 minit.
4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.