Resepi Apam Balik

Ramai diantara akita dah biasa makan apam balik ni. Kalau ada pasar malam, tak lengkapalah kalau tak ada yang jual makanan yang satu ni. Kalau dah teserempak tu, mesti teringin nak beli, betol tak..?



Makanan ni biasanya digemari oleh mereka yang sukakan makanan yang manis-manis. Sekarang tiba masanya kita ketahui apakah resepi untuk membuat apam balik ni..


Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C

coklat chips
jagung cream

Cara

1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.