Resepi Ayam Panggang Berempah

Inilah resepi ayam panggang berempah istimewa Yang sememangnya sedap.



Bahan bahan:

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
* 1 helai daun pandan (disimpul)
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu makan lada hitam (dikisar)
* 5 tangkai daun ketumbar (dikisar)
* 5 ulas bawang putih (dikisar)
* 1/2 inci halia (dikisar)
* 1 sudu besar serbuk kari ayam
* 1 sudu besar jus lemon
* 2 sudu besar madu
* 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun ok)
* garam secukupnya

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan di dlm periuk/kuali. Rebus sehingga separuh masak.
Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam bersama bahan2 perencahnya sekali dan panggang hingga masak.
(terbalikkan ayam ketika memanggang supaya masak sempurna)