Resepi Bahulu Kukus Mekar

Jom cuba resepi bahulu kukus yang mudah dan nampak cantik ni.



Bahan-bahan
200 g gula halus
300 g tepung gandum
3 sb susu tepung
1 sk baking powder
1 sk ovallete
220 ml susu segar -saya guna plain milk
2 biji telur - A
sedikit esen ros
1 sk pewarna merah

Cara-cara Penyediaan

Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna merah dan pukul hingga sebati dan pekat.

Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan merah.

Bubuh adunan plain kedalam acuan yg beralas cawan kertas dan bubuh sedikit adunan merah di atasnya. (warna pink ku ini terlebih plak, menglamerkan diri)

Kukus selama 10-15 min atau hingga mekar..