Resepi Bergedil Tauhu

Resepi Bergedil Tauhu untuk hidangan pembuka selera anda.



Bahan-bahan:

5 keping tauhu - ditumbuk halus
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur ayam - dipukul
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Gaul tauhu dengan udang kering, serbuk lada hitam, daun sup, daun bawang dan garam hingga sebati.

2. Kepal bulat-bulat, celup ke dalam telur dan goreng hingga kuning.