Resepi Dan Cara Buat Ketupat Pulut

Kerana tak lama lagi nak masuk bulan ramadan, jom kita belajar Cara Masak Dan mengayam sarung ketupat.



Bahan-bahan ( 18 biji )

* 8 cawan Beras pulut - basuh, rendam 2-3 jam & tapis
* Santan secukup nya - agak2 tenggelam ketupat
* 1 sudu besar Garam
* 1 helai Daun pandan
* +/- 18 biji Kelongsong ketupat

Cara-cara

1. cara anyam ketupat boleh rujuk pada video dibawah, tapi kalau masih susah juga nak buat boleh beli yang dah siap anyam byk di jual waktu musim raya.
2. Isi beras pulut ke dlm kelongsong ketupat - jgn sampai penuh - agak2 ruang kosong dlm satu ibu jari kat bucu tu. Lepas tu matikan kedua2 bucu kelongsong dgn menyelitkan nya kedlm slit & simpul.
3. Rebus ketupat dgn santan, daun pandan & garam sehingga santan kering & keluar minyak. Tips, kalau santan cair tak keluar minyak nya & ketupat pun tak lemak, so pastikan santan tu pekat...!
4. Hidangkan dgn rendang atau lauk kegemaran anda. Kalau mkn panas2 memang lagi best.
5. Ketupat ni tahan sampai 2 hari tak basi sbb rebus sampai keluar minyak. Tapi kena lah panaskan tiap hari. Senang je nak panaskan, tempek je atas kuali dgn api yg kecil - lagi best jadi nya.


Bagi yang belum tau ngayam daun ketupat tu boleh ikut tips dalam video dibawah...Yang dah pandai pulak bolehlah kongsikan tips bersama yang belum tau tu ye..



Atau



Atau ini...



harap-harap semua pun dah pandai ngayam daun ketupat ni..