Resepi Kek Coklat Amerika

Resepi istimewa kek coklat bercitarasa Amerika..



BAHAN KEK:

6 biji telur gred A

75 gm serbuk koko

150 ml air

225 gm gula

115 gm tepung



BAHAN COKLAT:

200 gm krim

250 gm coklat masakan (cincang)

50 ml sirap coklat



CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur dan gula sehingga gebu. Tuangkan air dan pukul sebati. Kemudian masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak.

2. Pukul lagi sehingga sebati. Tuangkan adunan di dalam bekas dan bakar pada suhu 195oC sehingga 200oC selama 35 minit atau 45 minit.

3. Untuk bahan coklat, panaskan coklat masakan dengan krim di atas api sederhana sehingga cair secara double boiler. Kemudian masukkan sirap coklat. Kacau sehingga sebati. Setelah sejuk, tuangkan di atas kek yang telah dimasak.