Resepi Kek Kukus Ceri Dan Kismis

Ini adalah resepi kek kukus yang diadun bersama ceri dan kismis yang akan menambahkan lagi keenakannya.



Bahan-bahan:

250 gm mentega
250 gm gula perang
4 biji telur
375 gm tepung gandum
200 gm kismis hitam
500 gm kismis kuning
100 gm ceri merah
100 gm ceri hijau
50 gm halwa kulit oren
1/2 cawan minuman ceri
1 sudu kecil rempah campur


Cara Menyediakan:

1. Rendam kesemua buah-buahan ke dalam minuman ceri dan biarkan semalaman.

2. Putar mentega dan gula perang hingga kembang.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar.

4. Ayak semua bahan kering dan campurkan ke dalam adunan mentega. Gaul sebati.

5. Masukkan buah-buahan kering yang direndam di dalam minuman ceri.

6. Kacau rata. Tuangkan ke dalam acuan yang telah digris mentega.

7. Akhir sekali, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan sehingga masak.