Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Ada berbagai cara memasak ketam agar ia lebih dinikmati dan ini pula resepi yang harus anda cuba.



BAHAN-BAHAN:

2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:

1) Rebuskan ketam dan ketepikan.
2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang dihiris halus.
3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata.
4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan mereneh.