Resepi Laksa Serawak

Ini pulak resepi istimewa Laksa serawak. Nak tahu macam mana nak buatnya, jom tengok resepinya.



Bahan-bahan

1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis

Sambal

2-3 sudu cili kering ditumbuk
bawang merah dan putih ikut suka
belacan sebesar 1/2 kotak mancis
minyak masak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

1). Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2). Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3). Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4). Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
5). Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
6). Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.
7). Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar.