Resepi Lemang Kukus

Tibanya hari raya nanti, lemang adalah makanan wajib yang mesti ada pada setiap pagi raya.



Kalau di malaysia Lemang-lemang bakar adalah pilihan utama yang boleh dibeli di tepi-tepi jalan pada bulan ramadhan. Oleh kerana cara penyediaan yang sukar dan memakan masa, ia dijual dengan harga yang agak mahal melebihi Rm10 keatas untuk sebatang lemang bakar..

Lemang kukus mungkin boleh dijadikan pilihan kedua dengan cara penyediaan yang agak mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja berbanding lemang bakar, lemang bakar memerlukan kepakaran membakar dan cara mengawal api serta santan di dalam buluh lemang semasa proses membakar.

Bahan-bahan:
1kg beras pulut
3 biji kelapa | diambil santannya
Garam secukup rasa
Kertas aluminium | untuk membungkus

Cara memasak:
1. Basuh beras bersih, toskan dan kukus selama 30 minit.
2. Apabila separuh masak, tuangkan santan dan sedikit garam.
3. Gaulkan rata dan teruskan mengukus hingga masak.
4. Gulungkan pulut di dalam daun pisang kemudian bungkus semula menggunakan kertas aluminium.
5. Barakan di atas api dan angkat.

Admin: Mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramdhan tidak lama je lagi..