Resepi Nasi Dagang

Cara buat nasi dagang bersama jelatah dah kuah ikannya..










Nasi:

2 cwn beras basmati
1/2 cwn beras pulut
1/2 cwn beras wangi unpolished
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara2: Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas.
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan.








jelatah

aiyoh..ini manyak senang wo..

Bahan2:

Timun
Lobak
Bawang besar (hiris baji)
1 btg cili merah
1 sudu cuka
1 sudu gula
secubit garam

Potong memanjang timun,lobak & cili merah.Kemudian , gaulkan dgn bwg. Masukkan cuka,gula & garam. Ok...jer







Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tenggiri besar
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam, gula

Cara-cara:

Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.

Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam & gula.Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.