Resepi Puding Marmar

Ini pula resepi puding mamar yang sesuai sebagai makanan pencuci mulut.



Bahan-bahan:

20 gm agar-agar

3 1/2 cawan air

3/4 cawan gula

5 biji telur

1 tin susu cair

1/2 sudu kecil esen vanila

1/2 sudu kecil mentega

3 sudu besar serbuk koko - bancuh dengan sedikit air



Cara Menyediakan:

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masak lagi hingga kesemua bahan sebati.

2. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata. Masukkan ke dalam agar-agar. Kacau rata.

3. Angkat adunan dan tapis.

4. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana.

5. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko.

6. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih, dan angkat.

7. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang diikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Download Link Klick sini