Resepi Tat Epal Hijau

Untuk melengkapkan koleksi kuih raya anda, mari cuba biskut Tat Epal Hijau ini pula.



Bahan-bahan:

250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut.

2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius hingga masak.

Bahan Inti Epal Hijau:

5 biji epal hijau - diparut
1.2 cawan gula pasir

* Masak kedua-dua bahan hingga kering.