Resepi Tat Linzer Mangga

Koleksi Resepi Pencucui mulut untuk anda sekeluarga..


Bahan Doh:

200 gm mentega
100 gm gula kastor
2 biji telur
300 gm tepung
100 gm serbuk kacang hazel

Bahan Inti:

250 gm buah mangga

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga betul-betul kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul.

2. Masukkan pula tepung yang telah dicampur dengan serbuk kacang hazel dan uli sehingga menjadi doh. Bungkus dengan plastik lekat dan dinginkan selama 20 minit.

3. Keluarkan doh, canai dan ratakan di dalam tin tat. Taburkan mangga yang dipotong kecil. Canai juga lebihan pastri, potong jalur dan jalin di atasnya sebagai menutup inti.

4. Setelah siap, bakar di dalam ketuhar pada kepanasan 180 darjah Celsius selama 30 minit.

5. Sejukkan dan hias mengikut cita rasa sendiri.