Resepi Udang Goreng Cabai Manis

Resepi istimewa udang goreng cabai manis ni memang sesuai sangatlah bagi mereka yang ingin menyediakan masakan lauk-pauk yang sedap cepat dan ringkas.



Bahan-bahan:

1 kg udang galah
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air asam jawa
100 ml santan pekat
1 sudu kecil jintan putih - disangai dan dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis - disangai dan dikisar halus
1 sudu kecil ketumbar - disangai dan dikisar halus
Garam dan cula secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

10 tangkai cili merah
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sm halia
3 sm lengkuas
2 batang serai

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar serta bahan-bahan yang disangai.

2. Kemudian kacau sehingga naik bau.

3. Masukkan santan, air asam jawa, sos tomato, garam dan gula. Kecilkan api dan kacau sehingga pekat.

4. Masukkan udang dan kacau hingga rata.

5. Apabila udang masak, angkat dan hiaskan.