Resepi Udang Nyonya Betawi

Resepi terpilih Udang Nyonya Betawi istimewa untuk sajian anda sekeluarga.



Bahan-Bahan:

500 gm udang
1/2 sudu kecil lada sulah serbuk
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (pukul hingga berbuih)
100 gm tepung jagung
2 ulas bawang putih (ketuk)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)

Cara Menyediakan:

1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.