Roket Dan Satelit Buatan Malaysia

projek mega pembuatan roket Malaysia dan pelancarnya di Malaysia adalah kerjasama ATSB (Malaysia) dan JAXA (Jepun)



"Usaha penguasaan teknologi roket Malaysia sudah bermula dengan teknologi pembuatan satelit sebelum kita berkembang untuk mengeluarkan roket lebih besar," - Ketua Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad

(sumber : akhbar Berita Harian bertarikh 21 Disember 2007)

"Kita sudah mengenal pasti lokasí tapak peiancaran (ROKET MALAYSIA) itu, tapi tidak dapat mengumumkannya sekarang bagi mengelakkan kegiatan spekulasi membabitkan urusan jual beli tanah berkenaan," - Ketua Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad



Agensi Angkasa Jepun (JAXA) telah mengadakan pertemuan dengan MALAYSIA untuk menjalin bekerjasama pada masa akan datang dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.

Agensi ANGKASA Negara MALAYSIA juga telah mewujudkan Program Sains Angkasa bertujuan memperkembangkan bidang eksperimen mikro graviti yang turut mendapat kerjasama daripada pihak luar seperti Agensi Angkasa Jepun (JAXA).


Penyelidikan yang dibawa oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melibatkan penghabluran protein iaitu penyelidikan oleh Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM; penyelidikan sel-sel kanser oleh Prof. A Rahman A Jamal dari Institut Biologi Molekul (UMBI) UKM; penyelidikan sel endotelium oleh Prof. Dr. Hapizah Nawawi dari UiTM dan penyelidikan sel tulang oleh Prof. Madya Dr. Saifulaman Mohd. Said juga dari UiTM.

Penyelidikan terhadap dua jenis bakteria juga telah dilaksanakan iaitu oleh Prof. Dr. Ramelah Mohamed dari UMBI UKM dan Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Penyelidikan tersebut yang akan diketahui keputusan atau hasil dapatannya tidak lama lagi itu sebenarnya membuka lembaran baru dalam sejarah penyelidikan sains tempatan.

Pun begitu, ia tidak berakhir di situ sahaja, kerana ekoran daripada kejayaan PAN itu, saintis tempatan menerima perkhabaran gembira apabila Agensi Angkasa Jepun (JAXA) menawarkan kerjasama lanjut dengan Malaysia berhubung dengan penyelidikan di angkasa lepas atau penyelidikan mikrograviti.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari, tawaran itu dibuat berdasarkan kejayaan kerjasama sebelum ini menerusi PAN. Beliau memberitahu, menerusi PAN itu, Dr Sheikh Muszaphar telah membawa satu penyelidikan dari JAXA selain penyelidikan tempatan.