Toman Gergasi Ditasik Taman Rekreasi Bukit Serindit

Seorang pemancing yang dikenali sebagai Ah Yong tidak menyangka kunjungan ke tasik Taman Rekreasi Bukit Serindit berakhir dengan satu kejutan.



Yong yang kerap memancing di tasik itu, mendapat habuan terbesarnya setakat ini apabila dia berjaya menaikkan ikan toman gergasi seberat hampir 19 kilogram.

Dia berjaya menarik perhatian ikan itu hasil penggunaan teknik pelampung dengan umpan anak ikan keli hidup.

Admin: Pernah tersermpak dengan ikan toman yang lebih besar dari Ah Yong ni. pada sekitar tahun 1995 dilombong terbiar Tapah Road perak. Malangnya toman tu hanya mengekori joran admin. Panjangnya melebihi satu depa. Tak ada rezeki le tu. Ada orang mengatakan toman boleh membesar sehingga sebesar sampan. Tak tahu le betul ke tak.