Air ZamZam Meneutralkan Asid Urik

Semua mangsa sakit gout pun tahu bahawa masalah yang sungguh menyeksakan itu adalah berpunca daripada tahap asid urik badan yang terlalu tinggi.



Selain daripada mengambil ubat gaut yang diberi oleh doktor untuk mengawal bengkak dan kesakitan gout itu, anda turut perlu mengambil inisiatif untuk mencari penawar gout alternatif yang lebih selamat dan semula jadi untuk menurunkan bacaan asid urik badan anda. Ini adalah kerana anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat gout kimia itu buat seumur hidup, semakin banyak pil-pil yang anda telan masuk, semakin besar beban buah pinggang anda untuk menyingkirkan sisa-sisa kimia itu. Kalau keadaan ini berterusan, buah pinggang anda akan menjadi semakin lemah dan akhirnya berhenti fungsi sama sekali.

Salah satu penawar gout yang paling semula jadi adalah air zam zam. Selama ini, air zam zam sudahpun terkenal dengan kuasa pemulihannya terhadap macam-macam penyakit. Walaupun terdapat pihak yang meragu-ragu tentang kesahihannya, pengalaman dan kisah benar ramai pesakit gout beragama Islam yang baru kembali dari Tanah Suci turut membuktikan keajaiban air zam zam.

Persoalannya adalah, bagaimana air zam zam dapat membantu mengurangkan masalah gout? Jawapannya adalah terus dan jelas, kajian saintifik menunjukkan bahawa air zam zam mengandungi bahan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium, kalium yang boleh meningkatkan pH air dan menjadi alkali. Asid Urik seperti namanya, adalah sejenis asid dan apabila asid bertemu dengan alkali, mereka akan saling meneutralkan. Bahan hasil peneutralan akan disingkirkan melalui air kencing dan peluh.