Akta Kesatuan Sekerja Dan Perhubungan Industri 1992

Akta Kesatuan Sekerja dan Perhubungan Industri 1992 menghuraikan perundingan sebagai segala yang berkaitan dengan,




* Terma dan keadaan pekerjaan atau keadaan fizikal di mana pekerja di tempatkan untuk bekerja.

* Penggantungan atau penamatan pekerjaan atau tarikh pekerjaan pekerja.

* Pembahagian kerja atau tugas.

* Disiplin

* Ahli atau bukan ahli kesatuan sekerja

* Kemudahan atau urusan rasmi kesatuan sekerja.

* Perundangan dan perundingaaaan tentang pengiktirafan kesatuan sekerja.

5.0 PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA

Pengiktirafan kesatuan sekerja merujuk kepada persetujuan majikan untuk mengiktiraf mana-mana kesatuan sekerja yang mana ia bertujuan untuk mengadakan perundingan secara kolektif. Ia akan melibatkan pemilihan yang sukar untuk memilih yang mana satukah kesatuan sekerja yang harus diiktiraf oleh organisasi tersebut.

6.0 PENGLIBATAN KAKITANGAN

Penglibatan kaitangan merujuk kepada penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengurusan dan pekerja di dalam membuat keputusan. Ia berbeza dengan perundingan di mana setiap pihak mempunyai matlamat yang berbeza dan lebih spesifik yang di sesesuaikan melalui proses perundingan. Terma "penglibatan" adalah lebih daripada perundingan bersama. Pekerja akan berunding bersama dengan pihak pengurusan dan memberikan pelbagai pandangan serta mengetahui tentang beberapa tindakan oleh pihak pengurusan. Tetapai di sini adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk membuat keputusan yang perlu. Penglibatan adalah bermatlamat untuk melibatkan pekerja dalam organisasi supaya minat mereka dalam satu organisasi adalah sama. Mereka mesti berupaya untuk mencapai objektif mereka sendiri dengan membantu organisasi mencapai matlamatnya.

6.1 BENTUK-BENTUK PENGLIBATAN PEKERJA.

Joint Consultation - Ia merupakan bentuk yang biasa bagi penglibatan pekerja. Majikan memberitahu pekerja tentang keputusan, perancangan dan cadangan untuk melihat pandangan mereka, mengukur perasaan mereka dan mengambilkira cadangan daripada mereka. Proses tersebut melibatkan jawatankuasa perundingan, forum untuk membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan penglibatan kakitangan dan yang lebih utama adalah untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan antara pihak pengurusan dan pekerja.

Team Briefing - Perundingan dijalankan dengan pekerja untuk memberitahu mereka tentang keputusan dan tindakan organisasi. Matlamatnya adalah untuk memaklumkan pekerja supaya dapat meyakinkan mereka dan mendapat kepercayaan daripada mereka untuk mencapai komitmen serta cadangan daripada mereka.

Quality Circles - Ia adalah merupakan sekumpulan pekerja yang kerap mengadakan perjumpaan bersama dengan penyelia untuk mengenalpasti, menganalisa dan mengatasi sebarang masalah yang berkaitan dengan pekerjaan dan membincangkan cara untuk meningkatkan produktiviti mereka.. Ia bermatlamat untuk mendapatkan maklumbalas daripada pekerja dan mendapatkan keterangan mereka tentang pengetahuan dan pengalaman mereka untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja mereka.

Suggestion Schemes - Ia adalah salah satu cara yang di gunakan untuk melibatkan pekerja di dalam mempertingkatkan kaedah dan teknik kerja mereka.

Profit Sharing Schemes - Pekerja akan merasakan mereka mempunyai tanggungjawab bersama untuuk berkongsi keuntungan bersama dengan organisasi. Jika oranisasi mencapai kejayaan, ini bermakna pekerja juga merasai kejayaan itu bersama.

Employee Communication - Komunikasi pekerja di dalam pelbagai bentuk adalah penting untuk memastikan setiap pekerja tahu matlamat organisasi. Bentuk komunikasi yang biasa di gunakan antara pekerja dan majikan adalah melalui saluran pengedaran, mesyuarat antara majikan dan pekerja serta berita. Manakala bentuk komunikasi yang jarang digunakan adalah melalui video dan kajian tentang tinjauan ke atas sikap.


Sumber:

http://sarjana.tripod.com/hubungan1.html
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1603&Itemid=558&lang=my



Senarai akta:

1. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
2. Akta Audit 1957
3. Akta Maklumat Pekerjaan 1953 (Akta 159)
4. Akta Profesion Undang-Undang 1976
5. Akta Pencen 1980
6. Akta Penghitungan Semula Pencen 1980
7. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981
8. Akta Waktu Standard Malaysia 1981
9. Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262)
10. Akta Kerja 1955 (Akta 265)
11. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 (Dimansuhkan oleh Akta 452)
12. Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273)
13. Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350)
14. Akta Kerja (Sekatan) 1968 (Akta 353)
15. Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 (Akta 356)
16. Akta Kebankrapan 1967
17. Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan(Peraturan Pekerjaan) 1965 (Dimansuhkan oleh Akta 607)
18. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)
19. Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991
20. Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992 (Dimansuhkan oleh Akta 612)
21. Akta Kumpulan Wang Buruh India Selatan 1958 (Dimansuhkan oleh Akta 596)
22. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
23. Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995
24. Akta Kumpulan Wang Buruh India Selatan (Pembubaran) 1999 (Akta 596)
25. Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000
26. Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612)
27. Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
28. Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950 (Akta 220)
29. Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)
30. Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 (Akta 195)
31. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)