Artis Seksi Ketandusan Sifat Malu

Mendedahkan aurat tu hukumnya haram. Hal ini sangat ketara di kalangan artis wanita. Kalau ada yang mengatakan rambut bukan aurat, bagaimana dengan bahu dan lutut?



Walau apa alasanpun, hukum tetap tidak boleh diubah. Kita boleh melihat aurat artis wanita dengan mudah melalui sebarang media, kecuali radio.

Malu itukan sebahagian daripada cabang iman, dan kita wajib menjaga maruah diri, namun bahagian yang haram itulah yang kerap dipamerkan tanpa segan silu.

Kini, hanya nama yang boleh digunakan untuk membezakan agama artis kita. Tu pun tak semua, makin ramai (terutamanya artis segera) menggunakan nama yang mengelirukan.

Inilah natijahnya jika bertindak tidak tahu malu - iman yang senipis kulit bawang akan terus hilang, maruah akan terhakis dan peribadi sejelita manapun akan musnah beransur-ansur.

Menjaga aib (malu) sangat penting kerana itulah perisai dan perhiasan seorang wanita begitu juga lelaki.

Memetik sebuah hadis Riwayat Bukhari, "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya."

Adakah kita akan dipandang hina jika menutup aurat? Tidak, malah kita tidak akan dipandang mula jika mendedahkan aurat.

Jadi mengapakah kita memalukan diri kita sendiri? Bekas Mufti Perlis, Dr Asri bin Zainul Abidin pernah berkata,"Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!".