Atasi Masalah Komputer Lembab

Banyak orang yang membawa komputer mereka untuk diselenggara di kedai komputer kerana masaalah Hang atau terlalu lembab walaupun sebenarnya ia boleh diselenggara sendiri dirumah tampa mengeluarkan sebarang bayaran.



Selain dari masalah virus dan cuma sedikit masalah berkaitan hardware. Kenapa komputer menjadi lembab dan hang, Jawapannya mudah sekali komputer anda di penuhi Spyware adware worm spum tmp fail dan pelbagai sampah sarap berkaitan internet , malah memory chache di penuhi internet tmp fail. Bagaimana nak atasi masalah ini. Sebenarnya mudah sangat untuk atasi masalah ini cuma anda perlu ambil sedikit masa dan buat selalu sekurang kurangnya sebulan sekali dan sebaik baiknya hari hari.

Apa yang saya maksudkan adalah anda perlu membersih semua sampah sarap ini mengunakan software khas. ada yang percuma malah ada yang berbayar, Jika yang percuma ianya agak basic tapi memadai untuk memastikan komputer anda tidak lembab. Freeware yang saya maksudkan adalah CClearner ianya percuma dan amat berkesan menjadikan komputer anda beroperasi seperti mula mula baru di beli

Cubalah CClearner