Bapa Kejam Bunuh Tiga Anak

Seorang bapa yang berkerja sebagai pemandu traktor didakwa atas tiga tuduhan membunuh tiga anaknya di Ladang Lambak/Elaeis Isnin lepas.



R. Munesuaran, 29 didakwa bagi tuduhan pertama, Munesuaran didakwa membunuh anak perempuannya, M. Nivyatharshini, 5, di kolam air Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol di sini pada pukul 6.30 petang hingga pukul 7.30 malam 22 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama terhadap anak perempuannya M. Renisha, 3, dan anak lelakinya, M. Thevanesh, 2, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.