Bukti Air Tawar Ada Di Planet Marikh

Sekumpulan saintis menemui bukti air tawar mengalir di curam cerun planet Marikh dan jika disahkan ia akan menjadi penemuan pertama air di planet itu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).



Gambar beresolusi tinggi menunjukkan sebahagian bentuk muka bumi planet Marikh.
KIRI: Imej tiga dimensi yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan air mengalir dalam musim panas dan bunga di Planet Marikh.


Data mengenai air itu diperoleh daripada kapal peninjau Marikh yang mengelilingi planet tersebut sejak 2006.

Menurut NASA yang merupakan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), air tersebut mengalir di beberapa lokasi semasa musim panas dan musim bunga planet Marikh.

Sebelum ini tiada air yang ditemui di Marikh walaupun ais telah ditemui di kutub planet berkenaan.