Burj Dubai Bangunan Tertinggi Di Dunia

Pada 4 hb Januari 2010 tahun lalu secara rasminya bangunan tertinggi didunia ini dibuka iaitu Burj,Dubai. Dubai yang sebelum ini terkenal dengan hotel bertaraf 7 bintangnya, Burj Al Arab dan kini kembali dengan satu lagi kehebatan bangunan tertinggi didunia.




Bangunan tertinggi didunia ini setinggi 2000 kaki kira-kira 800 M dan mempunyai lebih 160 tingkat.



Pembinaan bangunan tertinggi didunia ini bukan sahaja memberi kebanggaan kepada Dubai tetapi juga kepada Malaysia kerana firma pembinaan struktur keluli Malaysia,Eversendai Corporation juga turut serta dalam pembinaan bangunan tertinggi didunia ini.



Syarikat ini diberi tanggungjawab untuk menyiapkan 260 meter terakhir bangunan ini dan menjadikan syarikat ini syarikat yang pertama di dunia membuat kerja-kerja pembinaan pada paras melebihi 700 meter.