Cara Shalat Ketika Gerhana

Tatacara shalat ketika berlakunya fenomena gerhana.



Cara-cara

Dua (2) rakaat seperti shalat sunat yang lain. Cuma bedanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. sunatnya ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
Pelaksanaan
Shalat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara sebagainana solat malam.
1. Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. yaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat seperti shalat sunat zuhur atau shalat sunat yang lain.
2. Cara Kedua : yaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
3. Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah atau pun surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Aturan
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
3. Berniat mengerjakan solat gerhana
4. Lafaz niat untuk gerhana bulan


Lafaz niat untuk gerhana matahari

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
PERINGATAN..!
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu Setelah Imam memberi salam.
2. Maklumat lihat kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Shalat sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan , sedangkan bagi shalat sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring.