Di Tangkap Tidak Berpuasa

Setelah tiga hari bulan Ramadan berlalu, seramai lebih 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana tidak berpuasa. Belum campur negeri lain lagi nih..



Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Di bawah Seksyen 14, umat Islam yang disabitkan bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan jika disabitkan buat kali kedua boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.

MTB: Kalau Makan di tempat awam yang terbuka sememangnya salah, tapi kalau di tempat yang terselindung macam-mana ye. siapa boleh jawap ni..?