Download Filem Rasuk 2011

Download Filem Melayu terbaru Secara percuma disini..



Filem Rasuk merupakan filem seram Melayu terbaru yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 June 2011, durasi tayangannya adalah selama 90 minit. Rasuk merupakan filem lakonan mantap gandingan Fauziah Ghous dan Iqram Dinzly. Antara nama-nama pelakon yang turut beraksi dalam Rasuk adalah Sidek Hussain, Fauziah Nawi dan Khir Mohd Noor.

Filem Rasuk di arahakan oleh S. Baldev Singh, ditayangkan dalam kategori seram serius (pastikan Anda tidak lemah jantung). Selepas menonton filem Karak, Anda boleh layan tengok cerita Rasuk.

Sekilas terbaca tajuknya, Anda sudah boleh agak bagaimana penyudah filem Rasuk. Anda akan dapat mengagak watak utama dalam filem Rasuk akan kena rasuk, kemudian akan ada seseorang berusaha menentang rasukan itu, pada akhir cerita si watak utama akhirnya bebas dari dirasuk. Mesej tersirat dalam filem Rasuk nampak sama dengan filem Damping Malam dan filem Senjakala, di mana ketiga-ketiga filem ini (Rasuk, Damping Malam, Senjakala) melibatkan campur tangan makhluk halus yang masuk ke tubuh badan manusia.

Jika Anda meminati filem seram, pasti Anda tertunggu-tunggu kemunculan filem Rasuk. Rasuk memaparkan kisah Melati (lakonan Fouziah Ghous) dan Arman (Iqram Dinzly) yang baru berpindah ke sebuah rumah lama, di mana rumah tersebut sudah dibina sejak zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu lagi lebih kurang pada lingkungan masa antara tahun 1943-1945. Tanpa mereka sedari, rumah yang mereka baru diami itu sebenarnya rumah berhantu.

Rasukan ke atas diri Melati bermula apabila dia tersedung sebuah batu nisan lama. Bermacam perkara pelik dan seram mula timbul selepas peristiwa Melati terlanggar batu nisan lama tu.

Paling mengerikan dan menghairankan, ibu Melati bernama Zaiton (lakonan Fauziah Nawi) yang datang melawat Melati tiba-tiba mati tanpa disangka. Melati kerap mengelamun dan bermimpi buruk sejak dari situ. Arman naik takut melihat Melati, sekejap normal, sekejap meraung setelah di rasuk. Wajah Melati juga berubah menjadi hodoh serta menakutkan sesiapa saja yang terpandang mukanya.

Melati kerap dirasuk hingga dia hilang kawalan pada dirinya sendiri. Rupa-rupanya tubuh Melati telah dimasuki oleh roh jahat yang mahu membalas dendam atas kematiannya. Entah siapa pemilik roh itu. Mungkinkah dia adalah pemilik rumah lama itu sebelum ini? Arman yang terganggu fikirannya melihatkan penderitaan Melati mengesyaki Pak Mail tukang kebun rumah lama tu sebagai dalang si sebalik kemunculan hantu yang kini merasuk Melati.

Daya tarik filem ini adalah penyebab kenapa Melati di rasuk dan bagaimana Arman merungkai misteri disebalik kejadian rasuk yang melanda diri Melati. Berjayakah Arman merawat Melati? Sekuat manakah rasukan Melati?

Rupanya roh jahat yang merasuk Melati adalah roh tentera Jepun yang mati dibunuh di rumah kediaman mereka berdua pada zaman Jepun. Tentera Jepun tersebut digantung sampai mati kerana telah berusaha menggoda seorang gadis Melayu bernama Melati, iaitu gadis sunti yang tinggal bersama keluarganya di rumah yang sama.

Kejadian pembunuhan tersebut dilakukan untuk menyelamatkan dirinya dari hilang dara. Melati telah memperdaya tentera Jepun itu dengan membawanya ke sebuah bilik. Dalam bilik tersebut, tentera Jepun malang itu dibunuh dengan kerjasama ahli keluarga Melati.

Setelah berjaya membunuh tentera Jepun yang kemaruk nafsu tu, Melati dan keluarganya berpindah keluar. Rumah peninggalan mereka terbiar tanpa penghuni sehinggalah Melati (yang sekarang ini) dan Arman menetap di situ. Pak Mail tetap setia bekerja sebagai tukang kebun, masih setia bertugas. Pak Mail banyak menyimpan rahsia berkenaan rumah itu, namun tidak pernah menceritakannya pada sesiapa.



 Download Links
AVI 700 MB
Mediafire Part 1 / 2 / 3 / 4
Single Link FSC / FS / WU




MKV 266MB

Mediafire Part 1 / 2

Single Link FSC / FS / WU