Ghairah Cium Kasut Wanita

Mahukah anda mencium bau kasut orang lain ? Jika ya,adakah anda akan terangsang secara seksual?mampukah 5000 kasut yang mempunyai pelbagai bau merangsang seksual anda?




NAGOYA - Seorang lelaki yang dipercayai mencuri sekitar 5000 pasang kasut untuk menikmati baunya telah ditangkap.

"Saya menikmati bau mereka," Masashi Kamata, 28, seorang penduduk Moriyama-ku, Nagoya, beritahunya kepada penyiasat. "Kasut digunakan didalam sekolah merangsang seksual saya. Saya tidak boleh membuang kasut yang telah saya ambil. "

Dalam kes tertentu yang dia pernah ditangkap, Kamata mencuri dua pasang kasut dari seorang gadis yang sedang berjemur di lokasi rumahnya di Owariasahi, Aichi, pada bulan September tahun lalu.

Polis tempatan merampas kira-kira 5000 pasang kasut sekolah perempuan dan lelaki dalam bilik dari sebuah gudang yang telah disewa di Moriyama-ku pada hari Rabu.

Polis telah menerima banyak aduan bahawa kasut telah dicuri di Moriyama-ku dan sekitarnya.Penyiasat mendakwa bahawa Kamata mencuri kasut dari almari kasut di sekolah dan rumah-rumah dan sedang cuba untuk mencari lebih banyak tuduhan terhadap dirinya.