Hamid Gurkha Jaga Makan Untuk Kesihatan

Hamid Gurkha atau Abdul Hamid Abdul Rahman, bapa kepada lapan anak dan datuk kepada 30 cucu ini, kembali meniti dibibir peminat yang masih mengingatinya.



Hamid Gurkha adalah barisan pelawak terkenal sezaman dengan AR Badul dan lain-lain pelawak terkenal era 80an yang masih aktif berlakun sehingga ke hari ini.

dalam satu sesi pertemuan pihak media, Hamid Gurkha berkata, dia mula menjaga makan dan minum sejak 40 tahun lalu dengan hanya mengambil makanan yang sesuai dengan usianya bagi mengelak dihidapi penyakit yang biasanya menyerang orang seusia dengannya.

Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid menjelaskan, berlakon bukan sahaja sebagai sumber pendapatannya tetapi aktiviti itu juga menjadikannya lebih aktif, selain menghilangkan rasa bosan.

Malah, disebabkan staminanya yang masih kuat itu, tidak hairanlah dia yang menetap di Klang, Selangor sejak berusia enam tahun terus mendapat kepercayaan penerbit serta pengarah yang menawarkannya berlakon drama atau filem sehinggalah ke hari ini.