Hantu Bonceng Di Aidilfitri 2011

Saksikan cerita best lawak seram yang pasti mencuit hati di pawagam pada pada hari raya aidilfitri nanti.



Hantu datang lagi selepas Ramadan, dan apa yang pasti hantu ni bukan merempit mahupun menarik tapi hantu ni membonceng. Sudah pasti filem ni bakal meletup seperti Filem KL Gangster kerana filem ni diterajui oleh pelakon popular seperti Zizan dan Juliana Evans. Filem Hantu Bonceng bakal ditayangkan di pawagam Aidilfitri 2011 pada 31 Ogos 2011 dibawah syarikat penerbitan Excellent Pictures Sdn Bhd.

Filem yang berunsur komedi seram dan saya pasti filem ini akan membuatkan penonton gelak tak kering gusi kerana Zizan Raja Lawak(Amran) sebagai pelakon utama di dalam Filem Hantu Bonceng ini bersama pelakon lain diantaranya Juliana Evans(Ayu), Jue Aziz(Halimaton),Cat Farish dan Taiyuddin Bakar(Kunyit).

Cerita ni nampak menarik dan mesti layan punye. Jom saksikan sedikit sedutan dari filem yang best ni..



Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.